Monday, November 10, 2014

Tihanny

Sabtu : 16 Ogos 2014
12.30 p.m.
Bila teringat semula apa yang berlaku sebelum pulang raya yang lepas, aku berasa malu dengan diri sendiri..  Memperkenalkan diri aku kepada teman wanita seseorang yang pernah aku suka seperti ada batu besar yang hempap kepala aku waktu itu. Opss.. mungkin dia yang mulakan perasaan suka itu sehingga mempengaruhi perasaan aku. Tapi, itu semua hanyalah cerita lama yang tidak boleh diulang kembali juga tiada sesiapa yang mengetahui termasuk sahabat baik aku sendiri. Sukar untuk aku luahkan kepada seseorang sehingga aku terpaksa menanggung perasaan yang terpendam sendirian. Mungkin juga tidak akan ada sesiapa yang memahami situasi aku sehingga ada yang mengelar aku dengan status ‘JIWANG SENYAP’.  Sepanjang perjalanan aku hanya membatukan diri dan duduk terperosok dibahagian belakang tempat duduk kereta dengan melayani perasaan aku sendiri. Tiba-tiba aku tersentak dari lamunan bila ada seseorang menegur. “Hai Tira, termenung ke?” Aku seperti   baru tersedar dan kembali ke dunia yang nyata. “Ha? Tak adalah..” Hanya itu sahaja yang aku mampu jawab.
         Tanpa aku sedari aku terlelap sebentar dan apabila  aku sedar yang kami hampir sampai ke destinasi. Tiada satu patah kata pun yang aku bualkan dengan gadis yang berada disebelah aku. Tiba sahaja di rumah kak S***, aku hanya melihat sahaja tingkah laku mereka sebelum berpisah pulang ke arah yang berbeza. Tiba-tiba seperti terbit perasaan cemburu itu tetapi aku sendiri tidak pasti adakah ianya benar-benar wujud wakyu itu. Sebaris senyuman aku lemparkan kepadanya walaupun aku merasakan senyuman itu suatu paksaan saat itu sebelum kereta yang kami naiki meninggalkan kawasan rumahnya. ‘Hhmmm...lupa pulak ada lagi sorang yang belum dihantar ke rumahnya. Ingatkan dah tersalah jalan tadi.’ Selamat hari raya tuan tapi hanya mampu ucap dalam hati jelah segan nak cakap. Kenapa dia ni turun tak tutup pintu kereta ke memang nak buka sampai rumah aku nanti. Tiba-tiba A*** Tanya tak nak duduk depan ke? Aku berfikir sejenak dan tanpa berlengah terus keluar dari pintu belakang kereta lantas menghenyakkan punggung di kerusi sebelah pemandu dengan pantas. Patutlah dia tak tutup pintu kereta tadi, rupanya dia sangka aku akan terus duduk disitu. Perjalanan yang hanya memakan masa 10 minit untuk sampai ke kawasan perumahan kami seolah-olah sangat lama aku rasakan. Sepanjang perjalanan, berbagai-bagai perkara yang kami ceritakan termasuklah sewaktu zaman sekolah dahulu. Pelik pulak aku ni, tadi mase teman wanita dia ada satu patah kata pun tak ada yang keluar dari mulut aku ni. Macam ada emas je.. Bila berdua seperti ringan sahaja mulut ni hendak berkongsi cerita sehingga aku merasakan ada sesetengah cerita yang tiada langsung kaiitan dengan dia. Mungkin itu merupakan saat terakhir aku boleh berbual-bual dengannya tanpa ada sebarang perasaan kekok atau malu seperti dulu. Selepas ini mungkin akan lebih menjaga perasaan orng lain bila hendak berbicara dengannya. Dikhuatiri ada yang bersalah sangka akan situasi tersebut. Tiba sahaja dihadapan rumah, ayah telah menanti aku di beranda rumah tapi mama mungkin tangah sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Kakak pula bersiap untuk berbuka puasa bersam rakannya. Adik Leya ada tapi Akim pergi main bola di padang kawasan perumahan kami bersam rakan-rakannya. Semasa mengeluarkan bag dari bonet kereta sempat aku menanyakan duit minyak kepadanya sebagai tanda terima kasih malah dia hanya menjawab tidak perlu ataupun nanti sahaja. Dengan segera aku membidas akibat  berasa kurang selesa  kerana dia telah menghantar aku pulang dengan selamat. Ayah tanpa banyak bicara menghulurkan beberapa keeping wang kepadanya dan aku memaksanya untuk menerima sebagai duit raya. Akhirnya dia menerima dan pulang kerumahnya yang berada tidak jauh dari rumah aku.
            “A*** tak ada kampung. Kalau ada pun taman bukan kampung. Dari kecil sampai besar tak pernah rasa beraya dekat kampung. Nak main mercun pun masuk dekat kawasa hutan depan sekolah sebab takut ada polis nanti.” Bila teringat kembali perbualan kami, aku berkongsi cerita dengan mama semasa kami bersama-sama mengemas rumah untuk menyambut syawal yang bakal tiba dalam masa dua hari lagi. Tanpa mama ragu-ragu dia hanya menjawab nanti kahwin carilah bini yang ada kampung. Aku hanya membiarkan sahaja jawapan mama dan menyambung semula kerja-kerja mengemas rumah sebelum menjelangnya hari raya. Dalam masa yang sama aku berfikir kembali apa yang telah aku ceritakan dengan mama itu betul atau akan menimbulkan pertanyaan kepadanya.....

-12.50 p.m.-


-Tihanny-

No comments:

Post a Comment