Sabtu : 16 Ogos 2014
12.30 p.m.
Bila teringat semula apa yang berlaku sebelum pulang raya
yang lepas, aku berasa malu dengan diri sendiri.. Memperkenalkan diri aku kepada teman wanita
seseorang yang pernah aku suka seperti ada batu besar yang hempap kepala aku
waktu itu. Opss.. mungkin dia yang mulakan perasaan suka itu sehingga
mempengaruhi perasaan aku. Tapi, itu semua hanyalah cerita lama yang tidak
boleh diulang kembali juga tiada sesiapa yang mengetahui termasuk sahabat baik
aku sendiri. Sukar untuk aku luahkan kepada seseorang sehingga aku terpaksa
menanggung perasaan yang terpendam sendirian. Mungkin juga tidak akan ada sesiapa
yang memahami situasi aku sehingga ada yang mengelar aku dengan status ‘JIWANG
SENYAP’. Sepanjang perjalanan aku hanya
membatukan diri dan duduk terperosok dibahagian belakang tempat duduk kereta
dengan melayani perasaan aku sendiri. Tiba-tiba aku tersentak dari lamunan bila
ada seseorang menegur. “Hai Tira, termenung ke?” Aku seperti baru tersedar dan kembali ke dunia yang
nyata. “Ha? Tak adalah..” Hanya itu sahaja yang aku mampu jawab.
Tanpa aku
sedari aku terlelap sebentar dan apabila
aku sedar yang kami hampir sampai ke destinasi. Tiada satu patah kata
pun yang aku bualkan dengan gadis yang berada disebelah aku. Tiba sahaja di
rumah kak S***, aku hanya melihat sahaja tingkah laku mereka sebelum berpisah
pulang ke arah yang berbeza. Tiba-tiba seperti terbit perasaan cemburu itu
tetapi aku sendiri tidak pasti adakah ianya benar-benar wujud wakyu itu.
Sebaris senyuman aku lemparkan kepadanya walaupun aku merasakan senyuman itu
suatu paksaan saat itu sebelum kereta yang kami naiki meninggalkan kawasan
rumahnya. ‘Hhmmm...lupa pulak ada lagi sorang yang belum dihantar ke rumahnya.
Ingatkan dah tersalah jalan tadi.’ Selamat hari raya tuan tapi hanya mampu ucap
dalam hati jelah segan nak cakap. Kenapa dia ni turun tak tutup pintu kereta ke
memang nak buka sampai rumah aku nanti. Tiba-tiba A*** Tanya tak nak duduk
depan ke? Aku berfikir sejenak dan tanpa berlengah terus keluar dari pintu
belakang kereta lantas menghenyakkan punggung di kerusi sebelah pemandu dengan
pantas. Patutlah dia tak tutup pintu kereta tadi, rupanya dia sangka aku akan
terus duduk disitu. Perjalanan yang hanya memakan masa 10 minit untuk sampai ke
kawasan perumahan kami seolah-olah sangat lama aku rasakan. Sepanjang
perjalanan, berbagai-bagai perkara yang kami ceritakan termasuklah sewaktu
zaman sekolah dahulu. Pelik pulak aku ni, tadi mase teman wanita dia ada satu
patah kata pun tak ada yang keluar dari mulut aku ni. Macam ada emas je.. Bila
berdua seperti ringan sahaja mulut ni hendak berkongsi cerita sehingga aku
merasakan ada sesetengah cerita yang tiada langsung kaiitan dengan dia. Mungkin
itu merupakan saat terakhir aku boleh berbual-bual dengannya tanpa ada sebarang
perasaan kekok atau malu seperti dulu. Selepas ini mungkin akan lebih menjaga
perasaan orng lain bila hendak berbicara dengannya. Dikhuatiri ada yang
bersalah sangka akan situasi tersebut. Tiba sahaja dihadapan rumah, ayah telah
menanti aku di beranda rumah tapi mama mungkin tangah sibuk menyiapkan juadah
berbuka puasa. Kakak pula bersiap untuk berbuka puasa bersam rakannya. Adik
Leya ada tapi Akim pergi main bola di padang kawasan perumahan kami bersam
rakan-rakannya. Semasa mengeluarkan bag dari bonet kereta sempat aku menanyakan
duit minyak kepadanya sebagai tanda terima kasih malah dia hanya menjawab tidak
perlu ataupun nanti sahaja. Dengan segera aku membidas akibat berasa kurang selesa kerana dia telah menghantar aku pulang dengan
selamat. Ayah tanpa banyak bicara menghulurkan beberapa keeping wang kepadanya
dan aku memaksanya untuk menerima sebagai duit raya. Akhirnya dia menerima dan
pulang kerumahnya yang berada tidak jauh dari rumah aku.
“A*** tak
ada kampung. Kalau ada pun taman bukan kampung. Dari kecil sampai besar tak
pernah rasa beraya dekat kampung. Nak main mercun pun masuk dekat kawasa hutan
depan sekolah sebab takut ada polis nanti.” Bila teringat kembali perbualan
kami, aku berkongsi cerita dengan mama semasa kami bersama-sama mengemas rumah
untuk menyambut syawal yang bakal tiba dalam masa dua hari lagi. Tanpa mama
ragu-ragu dia hanya menjawab nanti kahwin carilah bini yang ada kampung. Aku
hanya membiarkan sahaja jawapan mama dan menyambung semula kerja-kerja mengemas
rumah sebelum menjelangnya hari raya. Dalam masa yang sama aku berfikir kembali
apa yang telah aku ceritakan dengan mama itu betul atau akan menimbulkan
pertanyaan kepadanya.....
-12.50 p.m.-
-Tihanny-